KHUTBAH KHAS EIDULFITRI 1433H
Perintah Solat
5 Safar 1433H (30 Dis 2011)Sinopsis: Solat adalah tiang agama. Dirikan solat, tegaklah agama. Abaikan solat, runtuhlah agama. Ia menjadi tanda aras pembeza antara iman dan kufur. Nabi SAW menerima solat di malam Isra’ Mikraj sebagi satu penghormatan buat Nabi dan umat. Sebelum tegaknya negara Islam Madinah, Nabi SAW membina peribadi. Bermula dari iman, kemudian antara ibadat paling awal ialah solat. Ia adalah hubungan manusia dengan Allah. Tegakkan Islam dalam diri, tegaklah Islam di bumi. Khutbah DSTG Presiden PAS kali ini mengenai perintah solat:
perintah solat (0)Syarat Kemenangan Yang Dijanjikan Allah
27 Muharram 1433H (23 Dis 2011)Sinopsis: Allah berjanji memberikan kemenangan kepada hambaNya yang berjuang menegakkan agamaNya. Kemenangan daripada Allah adalah sesuatu yang pasti dan benar kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Kemenangan Islam pula adalah sesuatu yang mahal. Justeru, ia tidak diberi secara percuma, murah dan mudah. Kemenangan Islam mesti didahului dengan sifat-sifat kemenangan. Sifat-sifat kemenangan itu ialah bersedia untuk beramal dengan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya agar layak menerima kemenangan tersebut yang telah dijanjikan Allah. DSTG Presiden berkhutbah mengenai perkara ini:
Syarat Kemenangan Yang Dijanjikan Allah (104)Kewajipan Mengikut Jalan Yang Lurus

20 Muharram 1433H (16 Dis 2011)
Sinopsis: Kehidupan di dunia mesti mengikut jalan yang lurus dan benar supaya selamat dunia dan akhirat. Jalan yang lurus itu dituruti oleh sekalian makhluk selain jin dan manusia. Bagi jin dan manusia, Allah mengutuskan pesuruhNya membimbing dan menunjuk jalan kepada mereka agar tidak terpesong dari landasan. Kalau keretapi dan kenderaan lainpun ada landasannya agar sampai ke destinasi dengan betul, apakah manusia yang dilantik menjadi khalifah di mukabumi ini dibiarkan begitu sahaja tanpa dibimbing oleh Rasulnya melalui jalan yang lurus?
Kewajipan Mengikut Jalan Yang Lurus (139)Hijrah Dan Kemenangan Islam
6 Muharram 1433H (2 Dis 2011)
Sinopsis: Peristiwa Hijrah terus diingati dan diambil pengajarannya. Allah berjanji memberikan kemenangan kepada Nabi SAW dan para pembawa obor perjuangan Islam. Janji tetap ditepati. Namun bila masanya bukan kuasa manusia menentukannya. Yang penting perjuangan menegakkan Islam mesti berlangsung tanpa mengenal penat lelah dan bilakah janji Allah itu. Muhajirin dari Mekah ialah mereka yang awal masuk Islam dan berjuang bersama Nabi. Besarnya jasa mereka sehingga diiktiraf oleh Allah di dalam al-Quran. Mereka tetap mempunyai kelebihan di dunia dan Akhirat. Pejuang Islam yang lain datang kemudian juga punya peluang untuk mendapat kelebihan menegakkan Islam dan berkumpul di bawah panji Nabi SAW. DSTG Presiden PAS terus mengupas Hijrah Dan Kemenangan Islam dalam khutbah berikut:
Hijrah Dan Kemenangan Islam (2)Hijrah Dan Kewajipan Mendirikan Negara Islam
29 Zulhijjah 1432 H (25 Nov 2011)
Sinopsis: Peristiwa Hijrah sangat penting, bukan sahaja sebagai tanda taqwim/kalendar Islam, bahkan peristiwa Hijrah itu sendiri yang menjadi batutanda penting dalam 2 fasa dakwah Mekah dan selepas Mekah. Sebelum berhijrah Nabi SAW adalah Nabi tetapi kuasa pemerintahan di tangan pembesar Quraisy. Allah menentukan peristiwa hijrah berlaku bagi menegakkan Islam dalam bentuk negara yang memberikan kuasa kepada Islam melaksanakan tuntutannya bagi menjamin tugas khilafah dapat dilaksanakan sepenuhnya supaya cahaya Islam terpancar di bumi Allah tanpa sekatan dan halangan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai hijrah dan kewajipan mendirikan negara Islam:
Hijrah Dan Kewajipan Mendirikan Negara Islam (0)Ibadat Haji Dan Peristiwa Hijrah
22 Zulhijjah 1432 H (18 Nov 2011)Sinopsis: Khutbah Jumaat kali ini masih lagi berkisar sekitar ibadat haji, tetapi dikaitkan dengan peristiwa hijrah. Setiap kali Nabi SAW berkesempatan menemui pelbagai puak dan qabilah Arab di musim haji, Nabi menawarkan Islam kepada mereka. Justeru, ibadat haji yang dilakukan sebenarnya adalah ketaatan kepada Allah dan mengesakanNya. Islam yang dibawa Nabi Ibrahim disambung tugasannya oleh Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja dalam ibadat haji secara juz’i atau sebahagian tetapi membawa Islam secara lengkap dan syumul, termasuk dalam aspek politik kenegaraan. Mekah tidak menjadi tapak menegakkkan Islam dalam bentuk kenegaraan pada awalnya. Selepas 13 tahun berdakwah, Nabi SAW menemui pengikut yang bersedia berbaiah kepadanya dan mempertahankannya, termasuk menemui tanah yang sesuai ditegakkan Islam dalam bentuk negara. Kupasan sekitar ibadat haji dan peristiwa hijrah dibuat oleh DSTG Presiden PAS dalam khutbah berikut:
Ibadat Haji Dan Peristiwa Hijrah (0)Iktibar Dari Ibadat Haji
15 Zulhijjah 1432H (11 Nov 2011) Iktibar Dari Ibadat Haji
Sinopsis: Ibadah haji penuh dengan pengajaran. Dalam menunaikan haji dan selepasnya, manusia samada di zaman jahiliyah atau Islam berdoa. Ada yang memohon untuk dunia sahaja. Mukmin yang sebenar memohon kebaikan dunia dan akhirat. Mereka meyakini kehidupan dunia yang sementara dan akan melalui alam barzakh dan kemudian akhirat. Keimanan mereka terhadap perkara ini menjadikan mereka manusia yang tunduk dengan sebenar kepada Allah dalam ertikata kepatuhan total sepertimana mereka taat sepenuhnya ketika menunaikan ibadah haji.
Iktibar Ibadah Haji (0)Ibadat Haji Sebagai Benteng Umat Islam

1 Zulhijjah 1432H (28 Oktober 2011) Ibadat Haji Sebagai Benteng Umat Islam
Ibadah haji adalah ibadah yang lama. Diwarisi dari Nabi Ibrahim as. Mekah dipilih menjadi bumi didirikan Kaabah, tempat tumpuan umat Islam dan qiblat. Haji bukan sekadar ibadah ritual, kosong dari hikmah dan pengajaran. Ibadah haji mengajak umat Islam kembali kepada Islam yang lengkap, syumul dan menyeluruh. Mengajak manusia taatkan Allah dengan ertikata sebenar. DSTG Presiden berkhutbah Jumaat menerangkan peranan ibadat haji sebagai benteng umat Islam ini:
Ibadah haji sebagai benteng umat Islam (0)Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam
23 Zulkaedah 1432H (21 Oktober 2011) Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam
Riddah adalah gejala besar menimpa umat Islam. Ia bukan isu baharu. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sebahagian umat Islam murtad dan sebahagian yang lain enggan membayar zakat kepada Saidina Abu Bakar yang menjadi pemimpin umat Islam selepas wafatnya Nabi itu. Abu Bakar memerangi kedua-duan golongan ini. Terbaharu satu perhimpunan umat Islam yang dipanggil HIMPUN telah diadakan. Walaupun HIMPUN telah berlalu, tetapi khutbah berkenaan isu Aqidah ini sentiasa relevan kerana Aqidah bukanlah perjuangan isu tetapi ia adalah asas kepada amalan dan bekalan hidup. Riddah tidak berlaku hanya dengan masuk agama lain tetapi berlakunya pembatalan 2 kalimah syahadah mencakupi iktikad, perbuatan dan tindakan, menganut fahaman asing dan mengingkari terutamanya hukum Allah. DSTG Presiden PAS mengulas perkara ini dalam khutbah Jumaat berikut:
Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam (0)Khutbah Jumaat:: Peraturan Allah Untuk Kebaikan Manusia Sendiri
16 Zulkaedah 1432H (14 Oktober 2011) Allah menjadikan seluruh alam termasuk manusia mempunyai peraturannya yang tersendiri. Peraturan itu untuk kebaikan manusia juga akhirnya. Jika mereka menurut peraturan Allah, mereka yang akan selamat. Sebaliknya jika mereka enggan menurut peraturan Allah, mereka akan menerima kerugiannya di dunia dan akhirat. Inilah di antara intisari khutbah Jumaat kali ini yang disampaikan oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang. (Terimakasih kepada ustaz Zakaria Dagang atas usaha menaip semula khutbah ini.)
Peraturan Allah untuk kebaikan manusia sendiri (0)Khutbah Eid al-Fitr 1432H
Khutbah khas dari mimbar Masjid Rusila ini disediakan bagi kemudahan para khatib pada Hari Raya Eid al-Fitr 1432H nanti. Moga bermanfaat. Intisari khutbah: -Hari raya kurniaan Allah, berjaya dalam Ramadhan
-Diajar untuk taatkan Allah, bertaqwa
-Tanda taqwa ialah patuh. Di antaranya dalam perkara khalifah Allah di mukabumi memikul tanggungjawab yang tidak dipikul makhluk lain.
-Penentangan dari ’syaitan’ dalam pelbagai kata-kata, propaganda, pujukan dan menyesatkan bagi menjauhkan manusia dari menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
khutbah Eid alFitr 1432H (pdf) (0)KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1431 H

...Menderhakai Allah dan Rasulullah saw itu bukan sahaja apabila meninggalkan ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji. Termasuk juga dalam perkara maksiat besar menderhakai Allah dan Rasul apabila memakan makanan yang haram, hasil kerja yang haram, memakai pakaian yang tidak menutup aurat, tidak memberi nafkah yang wajib dan juga tidak bermuamalat dalam urusan perniagaan dan sebagainya. Tidak terkecuali, begitu juga mentadbir dan memerintah negara dengan tidak mengikut hukum Allah dan Rasul-Nya saw...
Khutbah KHAS ini dalam bentuk PDF, Sila KLIK Di Sini.
atau
Khutbah KHAS ini dalam bentuk PDF, Sila KLIK Di Sini.
SALAM EIDUL ADHA
KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR
KHUTBAH KHAS EIDUL FITRI 1431 H

...Hanya Allah taala yang menentukan pahalanya dan mencapai matlamat puasa dengan menjadi orang-orang yang bertaqwa dengan bukti menegakkan al-Quran menjadi petunjuk seluruh perjalanan hidup kita, dari dunia sehingga hari akhirat...
Khutbah KHAS ini dalam bentuk PDF, Sila KLIK Di Sini.
Khutbah KHAS ini dalam bentuk Word, Sila KLIK Di Sini.
SALAM EIDUL FITRI
KULLU 'AAM WA ANTUM BIKHAIR
KHUTBAH KHAS EIDUL ADHA 1430 H

Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Untuk mendapatkan Khutbah Khas ini,
Wassalam.
KHUTBAH KHAS EIDULFITRI 1430 H
H1N1 & Kenaikan Harga Barang
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ
لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 36 surah ar-Ruum :
وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا ۖ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ
Maksudnya : Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa
Ujian dan bala yang datang daripada Allah kepada umat manusia adalah bertujuan untuk membezakan antara hamba Allah yang benar-benar bersyukur kepadaNya dengan mereka yang kufur. Ramai di kalangan umat manusia apabila dilimpahi dengan pelbagai nikmat dunia maka mereka lupa kepada Allah. Sebaliknya apabila diuji dengan hilangnya nikmat yang dikecapi selama ini barulah mereka ingat kepada Allah. Begitu ramai lagi umat yang tidak ingat kepada Allah ketika mendapat rezeki yang banyak dan meluahkan kemarahan kepada Allah apabila nikmat itu ditarik daripadanya. Ramai umat manusia yang berseronok bila memperolehi kemewahan yang melimpah tetapi mula keluh kesah apabila nikmat yang dikecapi selama ini dikurangkan oleh Allah. Amat kurang hamba Allah yang begitu rapat dengan Allah ketika dianugerahkan dengan nikmat yang melimpah dan semakin rapat kepadaNya bila diuji dengan bala ujian yang menguji keimanannya. Islam memuji umatnya yang bersyukur ketika senang dan bersabar ketika susah sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim :
يقول صلى الله عليه وسلم : " عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، إن أصابته سراء شكر فكان خيرا له ، وإن أصابته صبر فكان خيرا له "
Maksudnya: Begitu beruntung nasib orang beriman kerana dalam semua keadaan mereka mendapat kebaikan. Dan tiada habuan yang baik kecuali bagi orang yang beriman. Apabila mendapat kesenangan maka dia bersyukur maka syukur itu baik baginya. Dan apabila ditimpa sesuatu kesusahan maka dia bersabar maka sabar itu baik baginya
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Firman Allah dalam ayat 22 surah al-Hadid :
مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
Maksudnya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
Kita mesti mengakui bahawa setiap bencana yang berlaku merupakan ujian Allah bagi menguji tahap keimanan umat manusia atau pun pembalasan daripada Allah bagi menimbulkan kesedaran dan pengajaran kepada umat manusia yang selama ini sering melakukan penderhakaan terhadap Allah disamping amaran bagi segelintir manusia yang merosakkan bumi Allah tanpa memikirkan keselamatan orang lain supaya segera menghentikannya. Dunia hari ini sibuk memperkatakan tentang penyakit selsema babi yang telah meragut banyak nyawa. Negara kita sendiri menyaksikan 51 orang mati akibat selsema babi sehingga Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjangkakan jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk Malaysia dijangkiti virus ini maka angka kematian dianggarkan seramai 5 500 hingga 28 000 orang. Begitu juga larangan kerajaan Arab Saudi kepada umat Islam yang berumur 12 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas daripada menunaikan haji bagi mengelakkan jangkitan selsema babi menggambarkan dunia menjadi kalut akibat suatu musibah yang menimpa umat manusia. Malangnya umat manusia hanya takut kepada selsema babi sahaja tanpa rasa gerun kepada Allah Tuhan yang mencipta penyakit tersebut. Manusia terus angkuh menyatakan bahawa merka akan mencari ubat bagi menyekat penyakit merebak ini tanpa rasa insaf di atas kelalaian dan penderhakaan mereka terhadap Allah. Manusia tanpa rasa sedar terus bongkak mahu melawan kuasa Allah dengan keadaan mereka yang serba lemah dan kurang. Manusia seolah-olah mahu menyembunyikan tentang kekuasaan dan kehebatan Allah yang mencipta dan menghantar penyakit merbahaya ini bagi menyedarkan umat manusia yang banyak melakukan kerosakan di atas muka bumi milik Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah S.W.T dalam ayat 25 surah al-Anfal :
وَاتَّقُواْ فِتْنَةً لاَّ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنكُمْ خَآصَّةً وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Dan takutlah kamu kepada siksaan yang tidak diturunkan khusus terhadap orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya
Sedarlah kita bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan daripada Allah bagi menyedarkan kita semua. Musibah bila datang tidak mengenal siapa samada berilmu atau jahil, kaki maksiat atau ahli ibadat, manusia taat atau derhaka kepada Allah. Selsema babi ini membuka pemikiran manusia bagaimana hebatnya ajaran Islam bermula daripada pengharaman babi itu sendiri. Begitu juga dengan amalan membasuh tangan ketika berwudhu’ dan setiap kali makan yang merupakan antara cara pencegahan merebaknya selsema babi. Dulu ramai yang memandang sinis apabila melihat muslimat berpurdah menutup muka tetapi kini orang mula menutup muka dengan alat tertentu bagi mengelak jangkitan selsema babi. Serangan selsema babi memberi ruang yang luas kepada umat Islam sendiri dan golongan bukan Islam untuk mengkaji tentang betapa indah dan hebatnya ajaran Islam. Begitu juga dengan tunjuk ajar daripada Rasulullah s.a.w apabila berdepan dengan penyakit berjangkit atau merebak melalui beberapa hadis antaranya :
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ َسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ « فِرَّ مِنَ الْمَجْذُومِ فِرَارَكَ مِنَ الأَسَدِ
Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa”
لا َ يُورِدُ مُمَرَّضٌ عَلَى مُصَحٍّ ( رواه مسلم )
Maksudnya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat
إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ (رواه ابخاري ومسلم)
Maksudnya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Ketika berdepan berdepan dengan musibah ini maka marilah kita sama-sama bermusabah diri agar kita tidak termasuk dalam golongan yang tidak mahu menerima hakikat bahawa ia datangnya daripada Allah. Kita tidak mempunyai kekuatan atau kekuatan untuk melawan Allah sebaliknya kita wajib tunduk patuh dengan segala arahan dan larangan Allah sepanjang masa dan tempat. Ingatlah bahawa antara sebab merebaknya penyakit berjangkit ini antaranya apa yang diberitahu oleh nabi
لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِى قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِى أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا ….. رواه ابن ماجه
Maksudnya : ….Tidak bermaharajalela perbuatan buruk seperti zina pada suatu kaum sehingga mereka berani secara terang-terang melakukannya melainkan akan ditimpa penyakit Taun yang merebak dengan cepat dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang lain
Begitu juga kita pada ini mula ditekan semula dengan kenaikan harga barang dan juga sikap tidak bertanggungjawab yang menyembunyikan bekalan gula bertujuan untuk menaikkan harga. Perkara ini turut dijelas dalam hadis yang sama
وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَؤُنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ
Maksudnya : Tiada mereka mengurangi sukatan atau timbangan melainkan mereka akan diuji dengan kemarau panjang dan kesulitan dalam mencari rezeki serta berhadapan dengan kezaliman daripada kalangan pemimpin mereka
Oleh itu tiada cara dan jalan yang terbaik dalam berdepan musibah berbentuk penyakit, kerosakan akhlak, jenayah yang meningkat, tekanan ekonomi dan sebagainya melainkan kita kembali melaksanakan tuntutan system Islam disamping tidak putus-putus untuk berdoa kepada Allah dan bertawakkal kepadaNya sepanjang masa dan tempat. Islamlah nescaya kita selamat dunia dan akhirat
Firman Allah daalam ayat 1-3 surah al-Mutoffifin :
وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُواْ عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
Maksudnya : Kecelakaan ke atas mereka yang curang terhadap sukatan atau timbangan. Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan bagi pihak mereka maka mereka minta disempurnakan. Dan apabila menyukat atau menimbang bagi pihak orang lain lalu mereka menguranginya
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ
Islam Di Julang Kezaliman Di Buang
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 74 surah an-Nisa’ :
فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يَشْرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالآخِرَةِ وَمَنْ يُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيُقْتَلْ أَوْ يَغْلِبْ فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا (٧٤)
Oleh itu (orang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada kesenangan dunia hendaklah mereka berperang pada jalan Allah. Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu dia gugur syahid atau beroleh kemenangan maka Kami akan menganugerahkannya ganjaran pahala yang besar
Perjuangan Islam tidak menjanjikan kemenangan yang mudah sebaliknya memerlukan kepada mujahadah dan istiqamah. Kemenangan Islam tidak datang melayang sebaliknya menuntut kepada pelbagai pengorbanan. Kejayaan Islam tidak dihampar dengan permaidani merah sebaliknya memerlukan kepada tumpahnya darah. Islam menuntut kita untuk berani mengharungi segala cabaran, ujian, tentangan, halangan dalam memastikan ia dijulang tinggi di atas muka bumi ini. Pejuang Islam terpaksa berdepan dengan musuh yang tidak nampak iaitu Syaitan dan hawa nafsu dalam diri. Pejuang Islam juga sentiasa berdepan dengan musuh yang nyata daripada golongan yang kufur kepada Allah dan yang paling bahaya ialah golongan munafik yang merupakan musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Elok pada hari ini kita menyentuh sikap dan perbuatan khianat yang dilakukan oleh golongan munafik dalam memerangi Islam. Jika di negara kita ramai umat Islam yang rebah tewas ditangan Syaitan dan pujukan hawa nafsu sehingga gagal untuki datang berjemaah dan memakmurkan masjid dan surau. Manakala di banyak negara yang lain, saudara seagama kita terpaksa berdepan dengan hujung senjata musuh Islam semata-mata mahu mendirikan solat Jemaah seperti di Narathiwat, Thailand ditembak kejam ketika sedang solat Isya’ 2 bulan lepas. Begitu juga umat Islam bangsa Uighur, China yang gugur syahid kerana mempertahankan kedaulatan tanair, agama, harta benda, keluarga, masjid, sekolah agama malah kerana membantah larangan solat Jumaat bermula 10 Julai lalu selain larangan mengerjakan haji semenjak 2007 lagi. Kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan etnik terancang oleh Kerajaan China terhadap saudara kita sebagaimana yang berlaku kepada Bosnia sebelum ini. Tidak terkecuali kita merasa marah dengan tindakan bacul Menteri Pertahanan kita yang sanggup duduk semeja dengan pembunuh kejam Ehud Barak Menteri Pertahanan Israel seolah-olah mengiktiraf negara haram itu dan menghalalkan pembunuhan umat Islam dan rampasan bumi Palestin bumi Isra’ Mikraj dan Qiblat pertama umat Islam. Sedarlah kita bahawa kekejaman zionis yahudi hanya mampu dihentikan dengan darah syahid bukannya dengan perjanjian damai yang sentiasa dicabuli
عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ وَمَنْ قُتِلَ دُونَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan keluarganya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid
Riwayat Imam Ahmad
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Firman Allah dalam ayat 1-2 surah al-Munafiqun :
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ قَالُوا نَشْهَدُ إِنَّكَ لَرَسُولُ اللَّهِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّكَ لَرَسُولُهُ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ لَكَاذِبُونَ (١)اتَّخَذُوا أَيْمَانَهُمْ جُنَّةً فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّهُمْ سَاءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (٢)
Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) daripada menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
Umat Islam juga terpaksa dengan berdepan dengan golongan munafik yang sentiasa menjadikan sumpah palsu sebagai perisai dalam menyembunyikan sikap permusuhan terhadap Islam. Sempena berada pada bulan Sya’aban maka eloklah kita korek kejahatan munafik antaranya ketika berlangsungnya Peperangan Bani Mustaliq tahun 6H. Tindakan pantas nabi telah menyebabkan perancangan jahat Bani Mustaliq pimpinan al-Harith bin Abi Dirar untuk menyerang Madinah dapat dipatahkan dengan mudah sehingga ramai yang menjadi tawanan. Namun dalam perjalanan pulang daripada Peperangan Bani Mustaliq ini, golongan Munafiq pimpinan Abdullah bin Ubai cuba menghancurkan kesatuan tentera Islam dengan menyalakakn api fitnah yang paling besar dengan tersebarnya khabar Ifk atau tuduhan zina terhadap Siti Aisyah dengan Safwan bin al-Mu’tal. Fitnah ini digunakan semaksima yang mungkin oleh Abdullah bin Ubai dalam menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap nabi Muhammad s.a.w bagi membuka kembali peluangnya untuk menjadi pemimpin Madinah. Akhirnya turunnya ayat 11 surah an-Nur selepas daripada berlarutan fitnah liar ini selama sebulan yang menjelaskan bagaimana bersihnya Siti Aisyah daripada sebarang tuduhan liar yang ditujukan kepadanya. 3 orang yang didapati menjadi dalang kepada tersebanya fitnah ini dihukum dengan hukuman qazaf 80 kali sebatan iaitu Hasan bin Thabit, Misthah dan Hamnah binti Jahsy. Manakala Abdullah bin Ubai sendiri tidak dikenakan sebarang tindakan namun selepas itu dia dipinggirkan oleh orang ramai yang tidak lagi mempercayai sebarang katanya. Peristiwa ini memberi pengajaran yang begitu besar kepada umat Islam supaya berhati-hati dan cermat terutama dalam berdepan dengan fitnah dan tuduhan liar terhadap Islam dan umatnya. Pada hari ini menjadi suatu kebiasaan menuduh orang berzina atau liwat tanpa bukti kukuh sehingga ada tilam dijadikan saksi liwat, ada yang tidak lagi mahu percaya kepada laporan doktor pakar, ada yang sanggup bersumpah sebagaimana golongan munafik asalkan seseorang yang menggugat kuasanya mesti dihancurkan.
Firman Allah dalam ayat 11 surah an-Nur :
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالإفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ لا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَكُمْ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ مَا اكْتَسَبَ مِنَ الإثْمِ وَالَّذِي تَوَلَّى كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ (١١)
Sesungguhnya orang yang membawa berita bohong itu adalah dari kalangan kamu juga. Janganlah kamu anggap bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik untukmu. Setiap orang dari mereka mendapat balasan daripada dosa yang dikerjakannya. Dan sesiapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam menyiarkan berita bohong itu maka baginya azab yang amat besar
Siang Jumaat yang dikasihi,
Bila disebut tentang hukum sebat maka kita baru sahaja mendengar bagaimana seorang model dihukum sebat oleh Mahkamah Syariah kerana bersalah minum arak. Ini mendedahkan kepada masyarakat tentang perbezaan ketara antara hukum sebat mahkamah sivil yang dilihat terlalu kejam kerana mendatangkan pendarahan dan kecederaan malah parut sebat itu sendiri hanya akan hilang selepas dua tahun disebat sedangkan luka disebabkan sebat mahkamah syariah pula hanya akan pulih setelah berminggu-minggu sahaja. Beberapa bulan yang lepas adanya cadangan daripada cadangan Mufti Negeri Kelantan supaya dilaksanakan hukum takzir sebat di khalayak ramai bagi jenayah yang tidak besar supaya penjara tidak sesak dan kos menjaga penjenayah tidak terus meningkat disamping kes-kes ini diselesai dengan berkesan dan cepat tanpa menghalang penjenayah untuk menjalankan tugasan harian selepas itu. Begitu juga cadangan menteri agama selepas itu di Dewan Negara supaya dilaksanakan hukum hudud bagi menangani masalah ragut. Semoga ia menjadi perintis kepada pelaksaan hukuman Islam yang lebih sempurna dalam membendung pelbagai kes jenayah dan kerosakan akhlak yang semakin meruncing. Kita kesal dengan suara sumbang setengah pihak seperti Sisters in Islam yang hanya lantang bila hukuman sebat kepada pesalah dijatuhkan atas alasan menzalimi kaum wanita sedangkan ketika seorang ibu muda Mesir bernama Marwah Syarbini ditikam 18 kali di Mahkamah Jerman kerana mempertahankan tudung tiada pula suara dari golongan ini yang kononya menjaga hak asasi manusia. Ingatlah bahawa hak Allah mengatasi segala-galanya
Sidang Jumaat dikasihi sekalian,
Sempena berada pada hari Jumaat yang mulia maka kita buat kalinya mendesak agar undang-undang rimba ISA dihapuskan. Umat Islam bermaruah dan bencikan kezaliman diseru untuk pergi ke Kuala Lumpur esok Sabtu 1 Ogos bagi menghadiri Himpunan 100 ribu mansuhkan ISA. Kita juga dianjurkan untuk memperbanyakkan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar dilembutkan hati pemimpin untuk menghapuskan ISA kerana ia bukan untuk menjaga kemananan negara sebaliknya untuk mempertahankan pemimpin daripada pangkat yang ada. ISA adalah suatu tindakan yang zalim dan kejam yang bukan sahaja bercanggah dengan semangat demokrasi malah jelas bertentangan dengan Islam. Tidak perlu fatwa daripada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyatakan ISA itu zalim kerana jelas kepada kita betapa ramai tahanan ISA yang mati dan lumpuh kesan deraan, suami isteri bercerai-berai akibat tekanan, anak isteri menderita mencari sesuap nasi kerana ayah ditahan tanpa tahu apa salahnya, ada yang dipaksa minum kencing dan makan tahi petugas dan macam-macam lagi penyiksaan ala zionis yahudi. Takutlah pada amaran Allah melalui ayat 58 surah Al-Ahzab :
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا (٥٨)
Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti (menyeksa) mukiminin atau mukminat dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan perbuatan atau kesalahan yang dilakukan, maka sesungguhnya mereka itu menanggung pembohongan dan dosa besar yang nyata,”
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ


