Perintah Solat

5 Safar 1433H (30 Dis 2011)

Sinopsis: Solat adalah tiang agama. Dirikan solat, tegaklah agama. Abaikan solat, runtuhlah agama. Ia menjadi tanda aras pembeza antara iman dan kufur. Nabi SAW menerima solat di malam Isra’ Mikraj sebagi satu penghormatan buat Nabi dan umat. Sebelum tegaknya negara Islam Madinah, Nabi SAW membina peribadi. Bermula dari iman, kemudian antara ibadat paling awal ialah solat. Ia adalah hubungan manusia dengan Allah. Tegakkan Islam dalam diri, tegaklah Islam di bumi. Khutbah DSTG Presiden PAS kali ini mengenai perintah solat:

perintah solat (0)
Read More

Syarat Kemenangan Yang Dijanjikan Allah

27 Muharram 1433H (23 Dis 2011)

Sinopsis: Allah berjanji memberikan kemenangan kepada hambaNya yang berjuang menegakkan agamaNya. Kemenangan daripada Allah adalah sesuatu yang pasti dan benar kerana Allah tidak memungkiri janjiNya. Kemenangan Islam pula adalah sesuatu yang mahal. Justeru, ia tidak diberi secara percuma, murah dan mudah. Kemenangan Islam mesti didahului dengan sifat-sifat kemenangan. Sifat-sifat kemenangan itu ialah bersedia untuk beramal dengan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya agar layak menerima kemenangan tersebut yang telah dijanjikan Allah. DSTG Presiden berkhutbah mengenai perkara ini:

Syarat Kemenangan Yang Dijanjikan Allah (104)
Read More

Kewajipan Mengikut Jalan Yang Lurus


20 Muharram 1433H (16 Dis 2011)

Sinopsis: Kehidupan di dunia mesti mengikut jalan yang lurus dan benar supaya selamat dunia dan akhirat. Jalan yang lurus itu dituruti oleh sekalian makhluk selain jin dan manusia. Bagi jin dan manusia, Allah mengutuskan pesuruhNya membimbing dan menunjuk jalan kepada mereka agar tidak terpesong dari landasan. Kalau keretapi dan kenderaan lainpun ada landasannya agar sampai ke destinasi dengan betul, apakah manusia yang dilantik menjadi khalifah di mukabumi ini dibiarkan begitu sahaja tanpa dibimbing oleh Rasulnya melalui jalan yang lurus?

Kewajipan Mengikut Jalan Yang Lurus (139)
Read More