Hijrah Dan Kemenangan Islam

6 Muharram 1433H (2 Dis 2011)

Sinopsis: Peristiwa Hijrah terus diingati dan diambil pengajarannya. Allah berjanji memberikan kemenangan kepada Nabi SAW dan para pembawa obor perjuangan Islam. Janji tetap ditepati. Namun bila masanya bukan kuasa manusia menentukannya. Yang penting perjuangan menegakkan Islam mesti berlangsung tanpa mengenal penat lelah dan bilakah janji Allah itu. Muhajirin dari Mekah ialah mereka yang awal masuk Islam dan berjuang bersama Nabi. Besarnya jasa mereka sehingga diiktiraf oleh Allah di dalam al-Quran. Mereka tetap mempunyai kelebihan di dunia dan Akhirat. Pejuang Islam yang lain datang kemudian juga punya peluang untuk mendapat kelebihan menegakkan Islam dan berkumpul di bawah panji Nabi SAW. DSTG Presiden PAS terus mengupas Hijrah Dan Kemenangan Islam dalam khutbah berikut:

Hijrah Dan Kemenangan Islam (2)
Read More

Hijrah Dan Kewajipan Mendirikan Negara Islam

29 Zulhijjah 1432 H (25 Nov 2011)

Sinopsis: Peristiwa Hijrah sangat penting, bukan sahaja sebagai tanda taqwim/kalendar Islam, bahkan peristiwa Hijrah itu sendiri yang menjadi batutanda penting dalam 2 fasa dakwah Mekah dan selepas Mekah. Sebelum berhijrah Nabi SAW adalah Nabi tetapi kuasa pemerintahan di tangan pembesar Quraisy. Allah menentukan peristiwa hijrah berlaku bagi menegakkan Islam dalam bentuk negara yang memberikan kuasa kepada Islam melaksanakan tuntutannya bagi menjamin tugas khilafah dapat dilaksanakan sepenuhnya supaya cahaya Islam terpancar di bumi Allah tanpa sekatan dan halangan. DSTG Presiden PAS berkhutbah mengenai hijrah dan kewajipan mendirikan negara Islam:

Hijrah Dan Kewajipan Mendirikan Negara Islam (0)
Read More

Ibadat Haji Dan Peristiwa Hijrah

22 Zulhijjah 1432 H (18 Nov 2011)

Sinopsis: Khutbah Jumaat kali ini masih lagi berkisar sekitar ibadat haji, tetapi dikaitkan dengan peristiwa hijrah. Setiap kali Nabi SAW berkesempatan menemui pelbagai puak dan qabilah Arab di musim haji, Nabi menawarkan Islam kepada mereka. Justeru, ibadat haji yang dilakukan sebenarnya adalah ketaatan kepada Allah dan mengesakanNya. Islam yang dibawa Nabi Ibrahim disambung tugasannya oleh Nabi Muhammad SAW. Bukan sahaja dalam ibadat haji secara juz’i atau sebahagian tetapi membawa Islam secara lengkap dan syumul, termasuk dalam aspek politik kenegaraan. Mekah tidak menjadi tapak menegakkkan Islam dalam bentuk kenegaraan pada awalnya. Selepas 13 tahun berdakwah, Nabi SAW menemui pengikut yang bersedia berbaiah kepadanya dan mempertahankannya, termasuk menemui tanah yang sesuai ditegakkan Islam dalam bentuk negara. Kupasan sekitar ibadat haji dan peristiwa hijrah dibuat oleh DSTG Presiden PAS dalam khutbah berikut:

Ibadat Haji Dan Peristiwa Hijrah (0)
Read More

Iktibar Dari Ibadat Haji

15 Zulhijjah 1432H (11 Nov 2011) Iktibar Dari Ibadat Haji

Sinopsis: Ibadah haji penuh dengan pengajaran. Dalam menunaikan haji dan selepasnya, manusia samada di zaman jahiliyah atau Islam berdoa. Ada yang memohon untuk dunia sahaja. Mukmin yang sebenar memohon kebaikan dunia dan akhirat. Mereka meyakini kehidupan dunia yang sementara dan akan melalui alam barzakh dan kemudian akhirat. Keimanan mereka terhadap perkara ini menjadikan mereka manusia yang tunduk dengan sebenar kepada Allah dalam ertikata kepatuhan total sepertimana mereka taat sepenuhnya ketika menunaikan ibadah haji.

Iktibar Ibadah Haji (0)
Read More

Ibadat Haji Sebagai Benteng Umat Islam


1 Zulhijjah 1432H (28 Oktober 2011) Ibadat Haji Sebagai Benteng Umat Islam

Ibadah haji adalah ibadah yang lama. Diwarisi dari Nabi Ibrahim as. Mekah dipilih menjadi bumi didirikan Kaabah, tempat tumpuan umat Islam dan qiblat. Haji bukan sekadar ibadah ritual, kosong dari hikmah dan pengajaran. Ibadah haji mengajak umat Islam kembali kepada Islam yang lengkap, syumul dan menyeluruh. Mengajak manusia taatkan Allah dengan ertikata sebenar. DSTG Presiden berkhutbah Jumaat menerangkan peranan ibadat haji sebagai benteng umat Islam ini:

Ibadah haji sebagai benteng umat Islam (0)
Read More

Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam

23 Zulkaedah 1432H (21 Oktober 2011) Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam

Riddah adalah gejala besar menimpa umat Islam. Ia bukan isu baharu. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, sebahagian umat Islam murtad dan sebahagian yang lain enggan membayar zakat kepada Saidina Abu Bakar yang menjadi pemimpin umat Islam selepas wafatnya Nabi itu. Abu Bakar memerangi kedua-duan golongan ini. Terbaharu satu perhimpunan umat Islam yang dipanggil HIMPUN telah diadakan. Walaupun HIMPUN telah berlalu, tetapi khutbah berkenaan isu Aqidah ini sentiasa relevan kerana Aqidah bukanlah perjuangan isu tetapi ia adalah asas kepada amalan dan bekalan hidup. Riddah tidak berlaku hanya dengan masuk agama lain tetapi berlakunya pembatalan 2 kalimah syahadah mencakupi iktikad, perbuatan dan tindakan, menganut fahaman asing dan mengingkari terutamanya hukum Allah. DSTG Presiden PAS mengulas perkara ini dalam khutbah Jumaat berikut:

Peranan Memelihara Aqidah Umat Islam (0)
Read More

Khutbah Jumaat:: Peraturan Allah Untuk Kebaikan Manusia Sendiri

16 Zulkaedah 1432H (14 Oktober 2011) Allah menjadikan seluruh alam termasuk manusia mempunyai peraturannya yang tersendiri. Peraturan itu untuk kebaikan manusia juga akhirnya. Jika mereka menurut peraturan Allah, mereka yang akan selamat. Sebaliknya jika mereka enggan menurut peraturan Allah, mereka akan menerima kerugiannya di dunia dan akhirat. Inilah di antara intisari khutbah Jumaat kali ini yang disampaikan oleh DSTG Hj Abdul Hadi Awang. (Terimakasih kepada ustaz Zakaria Dagang atas usaha menaip semula khutbah ini.)

Peraturan Allah untuk kebaikan manusia sendiri (0)
Read More

Khutbah Eid al-Fitr 1432H

Khutbah khas dari mimbar Masjid Rusila ini disediakan bagi kemudahan para khatib pada Hari Raya Eid al-Fitr 1432H nanti. Moga bermanfaat. Intisari khutbah:

-Hari raya kurniaan Allah, berjaya dalam Ramadhan

-Diajar untuk taatkan Allah, bertaqwa

-Tanda taqwa ialah patuh. Di antaranya dalam perkara khalifah Allah di mukabumi memikul tanggungjawab yang tidak dipikul makhluk lain.

-Penentangan dari ’syaitan’ dalam pelbagai kata-kata, propaganda, pujukan dan menyesatkan bagi menjauhkan manusia dari menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

khutbah Eid alFitr 1432H (pdf) (0)
Read More